i'm number four

Dulu, kini dan selamanya.


Jangan risaw, tak dak kena mengena dengan UMMO, PAS, DAP, MCA, MIC, mahupon UNIC. Gua sebenarnya tertarik dengan satu kenyataan ustad ape nama ntah tak taw dekat tibi 3, rancangan apa nama entah tak taw jugak yang cakap korek hidung di bulan puasa, tak batal puasa. Gua dengan angkuhnya bergelak ketawa dengan riang sekali, cakap “apara ustad ni, baru jadi ustad ke, simple camtu pon tak taw, korek idung konpem-konpem batal puasa..” kerek kan gua, lalu gua mengepos ke facebook dengan harapan, semua makhluk pelusuk facebook bersetuju dengan kenyataan gua. Ternyata ada jugak yang like. Report kad facebook bahagian like mesti dapat 100 kan.

kaki like sejati seperti beliaw dapat 204 markah.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya malam pon panas jugak kat bilik umah sewa gua sekarang. Pastu tadi balik kerja gua rasa curiosity nak kaji dengan lebih lanjut menatang ni, gua pon kontek la pakcik google dengan harapan ramadhan ini memberi 1001 sinar baru. So, the conclution is, gua tersilap, sebenarnya korek idung dan telinga pada bulan puasa tak batal as long kamu bukan korek saja-saja syiokk, ada ke orang saja korek idung, telinga disebabkan rasa syok ataw nama lain hobi..? tak dak kan. sorry mengarut terlajak dah. Ok fine, tadi gua google pasal hukum korek idung di bulan puasa, dan result-resultnya adalah seperti berikut.

http://www.google.com.my/search?aq=0&oq=korek+&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=korek+hidung+batal+puasa
http://ibnuinsan.blogspot.com/2009/08/persiapan-ramadhan-korek-hidungtelinga.html
http://an-nawawi.blogspot.com/2007/09/hai-korek-hidung-pun-takkan-batal-puasa.html
http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/feqah-puasa/07-024/
http://infozi.com/blog/2010/08/siapa-cakap-korek-hidung-batal-puasa/
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=36844
 
 
 
Resultnya gua tersilap, lagi sekali cakap, korek idung, telinga pada bulan puasa adalah tidak batal puasa anda as long as, kamu berniat nak membersihkan diri, membuang segala kotoran kat idung dan telinga itu, dengan syarat tak over acting. Over acting disini macam bila dah korek telinga mesti rasa stim lain macam kan, pastu teruskan mengorek bagi mewujudkan rasa stim itu, walaupon tahi telinga telah tiada. ni kes gila stim. 

“i sopan okay..? xde nak stim-stim..” kata adik Siti, Cheras, Kuala Lumpur.

“buat ape nak cover-cover kan kalaw suka..” kata adik Adam, Ipoh Perak.

“Inilah definisi stim sebenar..” kata adik ali, Simpang Ampat Kangkung, Alor Setar.

Kepada ustad tibi 3, saya meminta maaf kerana melekehkan kamu. Baru google tadi, rancangan dia bertajuk serambi anak soleh.

Okay, setel satu kemushkilan, macam salah eja, abaikan. Pada pendapat peibadi gua lah, masa kecik-kecik dulu time kamu orang semua sekolah, dan mengambil subjek pendidikan islam, mesti ada tajuk puasa kan. Then antara perkara yang boleh membatalkan puasa yang diajar adalah dengan memasukan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja. then terus kamuorang keep in mind whatever perkara yang memasukan sesuatu kedalam rongga badan, definately batal puasa, such as korek idung dan korek telinga. Terus sehingga kamu dah besar sikit, kamu dah semakin pandai, kamu akan mengkaji sebab itu dan sebab ini. Kalaw kamu dah pandai time kecik-kecik mungkin, kamu akan bertanya soalan “ustaz/ah, bole define sedikit dengan maksud memasukan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja..? ” tetapi kamu tidak bertanya sebab, kamu dok ingat dalam pala otak, balik sekolah satgi nak pi main counter strike kat cc. Tak pon kamu seorang pemalu macam saya disekolah dahulu.

Ape yang penulis nak sampaikan melalui mengarotan ini adalah, masa kita kecik, we just absorb what we are learning. But bila dah besar we absorb dan kaji what we are learning. Nampak tak differentnya..? Sekian terima kasih. Bapak tak dak idea tulis post ini.

 
 

 
 
Advertisements

Sila komen disini.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s