i'm number four

Archive for May, 2011

Some serious shit will happened..?


Watch This!!

All Pahang-ians, take a look, do some actions. 

p/S: Author just spreading the world, and yes I am do not know whether this is true or not, neither this is political agenda or hidden strategy. Judge yourself OK.

Lynas Company Website 


Rukun dirisiap alat


Salam and good days!

Memandangkan survey camp yang bakal tiba ni, apa kata kita semua revised balik on how to setup total station fast and precisely. Bukan apa benda ni sangat penting jika kamu menjalankan kerja luar, disamping dapat menjimatkan masa semasa menjalankan kerja pengukuran. Keep in mind that, lagi cepat buat kerja, lagi cepat abis, takdelah penat sangat kan memandangkan kerja ukur boleh dikategorikan sebgai salah satu perkerjaan yang agal lasak terutamanya bagi wanita kerana perlu berhadapan dengan permukaan alam yang mencabar fizikal dan mental.

Disini, ada beberapa rukun penting yang MUST do when setup total station. Keep in Mind okay.

Rukun pertama Tripod ada tiga kaki kan, pastikan satu kaki, berada didepan anda, menghadap anda, manakala dua kaki lagi terbuka dikiri dan kanan anda. Rasional satu kaki berada didepan adalah, kalaw jarak xmasuk dalam 10-20cm, kita bole edjust kaki depan sahaja. Tak payah nak cabut tripod, pastu pasang balik. Lambat wehh. Begitu juga dengan kaki dikiri dan kanan, kalaw bering lari sikit, kte just edjust kaki jer, pastu main bubble balik, setel masaalah.

Rukun kedua Bila setup tripod tu, pastikan tapak tripod (tempat letak total station) seboleh-bolehnya tilt (keadaan rata) sebaik mungkin dan seboleh-bolehnya juga pastikan skru pengikat di tripod tersebut berada dia atas point stesyen. Dalam hal ni, tak semestinya kena perfect, just agak-agak  macam cun pon dah ok.

Rukun ketiga Insyaalah, bila letak prism atau total station diatas tripod yang didirisiap seperti langkah diatas, anda hanya perlu edjust sikit-sikit jer, then konpom masuk terus. Jimat masa kan.

Rukun keempat Satu lagi perkara yang perlu diingat, bila pindah stesyen, prisam blakang yang perlu didirisiap pada tripod dimana sebelum tu kita pasang total station (tripod depan lah) anda xperlu cabut tripod tersebut, anda Cuma perlu  letakkan prisam diatas tripod, main bubble bagi masuk. Insyaalah point crosshair lari sikit jer dgn point stn atau piket.pastu bukak skru, edjust balik sikit jer.  Senang kan, xpayah cabut kaki, pasang balik setup balik..waaa..time-time panas ni, agak berpeluh jugak la setiap kali pindah stn, nak setup balik tripod tu dari awal kan.

Rukun kelima Satu lagi, bila pasang tripod tu, pijak la sekuat mungkin wehh..kadang-kadang aku stress jugak bila tengok tripod, alahaii, sentuh sikit dah bergerak..peningg~

Rukun keenam Pasang tripod paras dada pencerap, kalaw ramai yg nak observe, bg paras purata ketinggian lah.

Rukun ketujuh Sila tulis sendiri.

Rukun-rukun ini tidak wajib untuk diikuti oleh setiap orang. Ianya bergantung kepada tahap ke”nak ikut”an seseorng itu. Kalaw anda ada cara yang lebih mudah dan cepat, share-share lah yer. SEKIAN, WASSALAM.

Selamat mencuba di survey camp nanti.babai…

p/s: Disini saya lampirkan video sokongan untuk pihak tuan.

Ihsan: Penguploader YouTube


Layan


janganlah derhaka kepada ibu-bapa anda

dimana anda berada, ingatlah asal usul anda.


Solat jumaat


Azan zuhur telah berkumandang menandakan masuknya waktu sembahyang jumaat bagi kawasan subang dan yang sewaktu denganya. Aku ape lagi, amik tola mandi. Siap-siap pakai wangi-wangi ape semua, start moto, pergi sembahyang jumaat. Dalam aku dok start moto tu, heran gak, awat pakcik aku rilek jer, tak siap ape pon, dia ni tak maw pi sembahyang jumaat ke. Heran gua. tak pelah satgi dia pi lewat sikit kot.

Gua pon start jelah moto, press dua tiga kali bagi enjin panas sikit, lalu gua jalan. Preng-preng-preng, sampai ke masjid, nama ape masjid tu gua pon tak taw, sebelah stesyen minyak caltex area subang ni. Gua pikir gua sampai awal kot, macam tak ramai jer nak sembahyang arini. Takpe-takpe, gua rilek. Paking moto kot area paking moto stesyen minyak tu, bajet tak maw susah keluaq la satgi kan sebab keta mesti banyak gila bab, kalaw gua paking dalam konpom kena tungu lama baru moto bole kluaq. tak pelah, setel paking moto, kunci-kunci ape semua gua masuk dalam. gua tengok, aitt kedai makan ni bukak lagi time nak sembahyang jumaat pon. selalu tuutp kan sebab nak respek jumaat. satgi dia tutup lah kot. Amik air sembahyang, aihh, imam ni sembahyang ape plak awai sangat ni, jemaah lain pon semua ikut jer. Nak kata sembahyang sunat tak kan buat sekali dengan jemaah kot kan. Gua dah suspek dah ni.

Gua tengok jam, kol 1.20 tengari, aisehh, tengok jam yg ada waktu solat kaler emas, semua masjid mesti ada jam ni, nahh sekali tengok arini ari khamis bai. Gila ape gua nak sembahyang jumaat ari kamis. tak pe gua control hensem, lalu gua menunaikan solat zuhur secara solo. Setel sembahyang, gua baca doa sekali ikut imam. Setel semua gua cabut teros. Malu bai, walawpon tak de sape yang taw niat gua nak sembahyang jumaat. Dah la paking moto kat stesyen minyak, malu gila. Tapi tak pe gua control jer..sekali start, prengg, gua pecut balik umah makcik gua terus. Dengan pakai ken plekat nyer, mesti orang suspek kan. Haha. tak pelah setibanya di rumah gua maintain macho, tukar baju, makan roti. Lawak betol lah, selamat aku tak suarakan niat nak pergi sembahyang jumaat tu kat sape-sape. Kalaw tak mesti kena bahan. sepanjang 23 tahun hidup, ni first time solat jumaat hari kamis. Huahuahua =0